Apesal.com

Followers

Thursday, December 24, 2009

Misteri

Kelmarin sewaktu mengemas stor, aku terjumpa buku mastika so aku ambil dan simpan mana la nak tau time2 boring aku baca kan hehe.. naa malam tu memang aku boring dengan penuh ikhlas aku baca la buku tu .. memang best la cerita2 dia, banyak pengajaran, ilmu dan iktibar yang boleh kita ambil daripada buku tu. tapi bab paling aku suka bab ghaib2 ni.. bukan apa aku pun pernah mengalami benda2 ghaib ni walaupun tak la sehebat cerita2 dalam mastika.

kita sebagai umat islam wajib beriman pada perkara2 ghaib ni sebagaimana firman ALLAH dalam surah Al-Baqarah ayat ke-3... selalunya orang akan mengaitkan perkara ghaib ni dengan makhluk2 halus atau keluarga2 dia la kan tetapi sebenarnya ianya meliputi banyak aspek contohnya syurga, neraka, alam kubur dan sebagainya. yang penting ianya tidak akan tercapai oleh akal dan fikiran kita dan itu menunjukkan betapa besarnya kekuasaan ALLAH dan betapa terbatasnya akal kita. semakin kita mencari ilmu semakin kita rasa bodoh disebabkan terlalu banyak benda yang kita tidak tahu.



ketika aku bersekolah menengah di kelantan ... macam biasa la kan mesti duduk asrama. Mesti korang pernah dengar kan cerita hantu himpit ni .... so dijadikan cerita bermula dari tingkatan 1 sehingga la aku tingkatan 5 mesti aku terkena himpit. Ayah angkat aku kata tu mesti hantu perempuan hehe tak kisah la kan. korang bayangkan la berapa tahun tu sehinggakan aku boleh rasa bila benda tu nak datang. Dia kalau nak datang mesti telinga berdesing nquiiii bunyinya... disebabkan aku dah selalu kena sampai naik bosan so satu hari tu aku cabar la dia uiii kalau berani tunjuk la muka sambil aku memaki hamun la so keesokkan harinya waktu aku nak tidur baru nak terlelap telinga aku berdesing terus aku buka mata tiba2 depan muka aku, aku nampak lembaga hitam, katil aku 2 tingkat, aku tidur tingkat atas so bila aku buka mata tu aku nampak lembaga hitam tapi tak semua la just bentuk kepala. aku duduk wahh ko tunjuk juga muka ko sambil aku memaki hamun then sebelum tidur aku baca pendinding diri.

Keesokkan harinya aku nak tidur kan macam besa telinga berdesing dan terus aku buka mata kali ni dia bawa geng, aku nampak 2 lembaga hitam macam dia tengok aku tengah tidur .. aku duduk sambil bermohon pelindungan daripadaNYA tapi maki tetap maki... lemah betul hambaMU ni ya ALLAH ... dan sebelum tidur aku baca doa lagi.
selepas kejadian tu makhluk tu tak datang2 dah ...alhamdulillah

sebenarnya aku tak tau la apa motif hantu himpit ni tetapi menurut kawan aku yang mempunyai pengalaman sama, cerita dia, dorang tu nak bawa kita satu tempat ... sekiranya korang pernah kena himpit kan korang terasa seperti dia nak bawa kita ke satu tempat so kawan aku ni pernah membiarkan dirinya dihimpit sehingga dia di bawa satu tempat kemudian dorang bersilat di sana so kata kawan aku ni kalau ko kalah gerenti ko tak boleh balik .. tu cerita kawan aku la so pernah satu kali tu aku try la juga kan membiarkan diri dihimpit tapi memang tak boleh sebab aku rasa sakit sangat ikut mana2 pun ko meronta-ronta nak melepaskan diri.

tu la pengalaman aku, banyak lagi pun nanti la kita cerita lagi .. korang pun mesti ada pengalaman kan so marila kita sama2 berfikir sejenak, bukan hanya kita sahaja yang berada di dunia ini terdapat makhluk lain yang bersama2 kita ... batu, pokok, kuman bakteria dan macam2 lagi makhluk yang ada ... jangan biarkan diri kita diselubungi misteri, marila kita bersama2 berfikir semua makhluk yang diciptakan oleh ALLAH tidaklah sia-sia, semuanya mempunyai peranan masing2 untuk kita berfikir, mengkaji dan menghayati betapa besarnya kekuasaan ALLAH dan kerdilnya kita sebagai makhluk ALLAH di muka bumi ini.

4 comments:

  1. seramnye dgr eh bace yg time antu tu tunjukkn diri dia...
    berani gak awk nk nengok rupe dia...alhamdulillh awk xpengsan...

    ReplyDelete
  2. berani tu tak la cuma maybe la kuat semangat sket ...hehe

    ReplyDelete
  3. tp bole lak awk cabar2 dia kn...

    awk, padam ler word verification utk komen tu...xsuka la...huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...