Apesal.com

Followers

Thursday, December 31, 2009

Hidayah

Baru2 ni aku ada jumpa abang sorang ni ... hehe dia cerita macamana dia masuk islam .... dia ni memang kuat la dalam kristian sampai satu tahap dia meludah kalau ada orang azan, dia menghina orang baca quran ..so semasa dia belajar tentang agama dia,sampai satu tahap dia mempunyai kemuskilan pasal ketuhanan so dia tanya la pakcik dia ni pasal bab ketuhanan ni kebetulan pakcik dia ni seorang paderi tapi pakcik dia jawab jangan la ko tanya pasal bab2 ni ko ikut je.. so jawapan tu membuatkan abang ni tak puas hati

satu hari dia jumpa la seorang ustaz ni dan bertanyakan masalah yang sama .... ustaz tu senyum, ustaz tu bagitau kat abang tu dengan perumpamaan, kalau sebuah kereta dipandu oleh 2 orang pemandu, sorang hendak ke kiri sorang lagi ingin ke kanan apa akan jadi , ko balik rumah fikirkan lah...

abang ni pun berfikir la kan sampai dia termimpi, dalam mimpi dia, ada orang ajak dia masuk islam. terbuka la hati abang ni nak masuk islam. so dia pun menyampaikan la hajatnya nak masuk islam kepada keluarganya ... keluarganya marah sampai ayahnya mengambil senapang sambil mengugut kalau ko nak kena ni masuk la ko islam ... kemudian abang tu jumpa la ngan ustaz tu dan mengadu ustaz tu bagitau abang tu .. tu halangan kecil je tu ... banyak lagi halangan yang lebih teruk dari tu ...

so abang tu memeluk la agama islam tapi dia lari dari rumah. kemudian abang tu cerita lagi takde orang yang nak bimbing dia sehingga abang tu belajar sembahyang mengikut buku panduan solat, sambil sembahyang sambil tengok buku ...kemudian abang tu dengar ada pusat latihan dakwah .. abang tu masuk la sana untuk mempelajari ilmu agama ... dan sekarang abang tu bertugas di Jabatan Hal Ehwal Islam ...

Wednesday, December 30, 2009

3 Questions

There was a young man who went overseas to study for quite a long time.
When he returned, he asked his parents to find him a religious scholar or
any expert who could answer his 3 questions. Finally, his parents were able
to find a Muslim scholar.

Young man: Who are you? Can you answer my questions?

Scholar: I am one of Allah (SubHana Wa Ta'ala )'s slaves and insha-Allah
(God willing), I will be able to answer your questions.

Young man : Are you sure? A lot of Professors and experts were not able to
answer my questions.

Scholar: I will try my best, with the help of Allah(SubHana Wa Ta'ala).

Young Man: I have 3 questions:

1. Does God exist?
If so, show me His shape.

2. What is takdir (fate)?

3. If shaitan (Devil) was created from the fire, why at the end he will be
thrown to hell that also created from fire. It certainly will not hurt him
at all, since Shaitan (Devil) and the hell were created from fire. Did God
not think of it this far?


Suddenly, the Scholar slapped the young man's face very hard.

Young Man (feeling pain): Why do you get angry with me?

Scholar: I am not angry. The slap is my answer to your three questions.

Young Man: I really don't understand.

Scholar: How do you feel after I slapped you?

Young Man: Of course, I felt the pain.

Scholar: So do you believe that pain exists?

Young Man: Yes.

Scholar: Show me the shape of the pain!

Young Man: I cannot.

Scholar: That is my first answer. All of us feel God's existence without
being able to see His shape,

Last night, did you dream that you will be slapped by me?

Young Man: No.

Scholar: Did you ever think that you will get a slap from me, today?

Young Man: No.

Scholar: That is takdir (fate)........ My hand that I used to slap you, what is it created from?

Young Man: It is created from skin.

Scholar: How about your face, what is it created from?

Young Man: Skin.

Scholar: How do you feel after I slapped you?

Young Man: In pain.

Scholar: Even though Shaitan (Devil) and also the hell were created from
the fire, if Allah wants, insha-Allah (God willing), the hell will become a
very painful place for Shaitan (Devil).


Sunday, December 27, 2009

Lawak





Ada seorang cucu bersama dengan nenek dia pergi masuk kedai nak beli minuman. masuk je

kedai tu terus nenek tu tanya kat penjaga kedai aku nak beli air seratus ada ke. cucu dia

terkejut, tak kan la nenek ni buat lawak, banyaknya dia nak beli. orang kedai tu dengan relax

dan selambanya bagi kat nenek tu air one hundred plus ....









Thursday, December 24, 2009

Misteri

Kelmarin sewaktu mengemas stor, aku terjumpa buku mastika so aku ambil dan simpan mana la nak tau time2 boring aku baca kan hehe.. naa malam tu memang aku boring dengan penuh ikhlas aku baca la buku tu .. memang best la cerita2 dia, banyak pengajaran, ilmu dan iktibar yang boleh kita ambil daripada buku tu. tapi bab paling aku suka bab ghaib2 ni.. bukan apa aku pun pernah mengalami benda2 ghaib ni walaupun tak la sehebat cerita2 dalam mastika.

kita sebagai umat islam wajib beriman pada perkara2 ghaib ni sebagaimana firman ALLAH dalam surah Al-Baqarah ayat ke-3... selalunya orang akan mengaitkan perkara ghaib ni dengan makhluk2 halus atau keluarga2 dia la kan tetapi sebenarnya ianya meliputi banyak aspek contohnya syurga, neraka, alam kubur dan sebagainya. yang penting ianya tidak akan tercapai oleh akal dan fikiran kita dan itu menunjukkan betapa besarnya kekuasaan ALLAH dan betapa terbatasnya akal kita. semakin kita mencari ilmu semakin kita rasa bodoh disebabkan terlalu banyak benda yang kita tidak tahu.



ketika aku bersekolah menengah di kelantan ... macam biasa la kan mesti duduk asrama. Mesti korang pernah dengar kan cerita hantu himpit ni .... so dijadikan cerita bermula dari tingkatan 1 sehingga la aku tingkatan 5 mesti aku terkena himpit. Ayah angkat aku kata tu mesti hantu perempuan hehe tak kisah la kan. korang bayangkan la berapa tahun tu sehinggakan aku boleh rasa bila benda tu nak datang. Dia kalau nak datang mesti telinga berdesing nquiiii bunyinya... disebabkan aku dah selalu kena sampai naik bosan so satu hari tu aku cabar la dia uiii kalau berani tunjuk la muka sambil aku memaki hamun la so keesokkan harinya waktu aku nak tidur baru nak terlelap telinga aku berdesing terus aku buka mata tiba2 depan muka aku, aku nampak lembaga hitam, katil aku 2 tingkat, aku tidur tingkat atas so bila aku buka mata tu aku nampak lembaga hitam tapi tak semua la just bentuk kepala. aku duduk wahh ko tunjuk juga muka ko sambil aku memaki hamun then sebelum tidur aku baca pendinding diri.

Keesokkan harinya aku nak tidur kan macam besa telinga berdesing dan terus aku buka mata kali ni dia bawa geng, aku nampak 2 lembaga hitam macam dia tengok aku tengah tidur .. aku duduk sambil bermohon pelindungan daripadaNYA tapi maki tetap maki... lemah betul hambaMU ni ya ALLAH ... dan sebelum tidur aku baca doa lagi.
selepas kejadian tu makhluk tu tak datang2 dah ...alhamdulillah

sebenarnya aku tak tau la apa motif hantu himpit ni tetapi menurut kawan aku yang mempunyai pengalaman sama, cerita dia, dorang tu nak bawa kita satu tempat ... sekiranya korang pernah kena himpit kan korang terasa seperti dia nak bawa kita ke satu tempat so kawan aku ni pernah membiarkan dirinya dihimpit sehingga dia di bawa satu tempat kemudian dorang bersilat di sana so kata kawan aku ni kalau ko kalah gerenti ko tak boleh balik .. tu cerita kawan aku la so pernah satu kali tu aku try la juga kan membiarkan diri dihimpit tapi memang tak boleh sebab aku rasa sakit sangat ikut mana2 pun ko meronta-ronta nak melepaskan diri.

tu la pengalaman aku, banyak lagi pun nanti la kita cerita lagi .. korang pun mesti ada pengalaman kan so marila kita sama2 berfikir sejenak, bukan hanya kita sahaja yang berada di dunia ini terdapat makhluk lain yang bersama2 kita ... batu, pokok, kuman bakteria dan macam2 lagi makhluk yang ada ... jangan biarkan diri kita diselubungi misteri, marila kita bersama2 berfikir semua makhluk yang diciptakan oleh ALLAH tidaklah sia-sia, semuanya mempunyai peranan masing2 untuk kita berfikir, mengkaji dan menghayati betapa besarnya kekuasaan ALLAH dan kerdilnya kita sebagai makhluk ALLAH di muka bumi ini.

Monday, December 21, 2009

Nostalgia

Selalunya apabila kita bertemu dengan member-member yang lama tak berjumpa, semua nostalgia, kenangan ketika bersama tentunya menjadi cerita yang utama. Kenangan manis, pahit, gembira, dan sedih menjadi bahan gelak ketawa bersama.

so aku teringat kisah sesat di kuala lumpur pada tahun 1996. kalau tak silap ketika itu aku berada di tingkatan 3 jadi kami bercadang hendak berjalan-jalan di Kuala Lumpur ibukota malaysia. pendek cerita aku berpisah dengan kawan-kawan yang lain sebab ikut tingal bersama pakcik aku di sana dan yang lain lepak kat rumah member. so satu hari aku ingin ke sana untuk bertemu mereka so aku minta pakcik hantar di KL dan aku turun di Yayasan Sabah cawangan KL, aku tak tau di mana tempatnya jadi dijadikan cerita aku telefon la kawan aku ni supaya aku dijemput maklumla mana la aku tau selok belok KL ni tapi tiada orang jawab, aku jadi gelisah aduh mana la nak jalan ni kalau takde orang ambil ni, telefon tak ada orang angkat then aku pun jalan la kebetulan masa pakcik aku hantar tu aku nampak giro bank so p la sana nak amik duit ...

Dari situ bermulalah perjalananku misi yang utama mencari stesen bas untuk balik ke rumah pakcik aku sebab aku yang pegang kunci rumah ... dari bank aku jalan trus sampai aku nampak library so aku ambil kesempatan untuk masuk dalam library tu library negara tu .. mula2 masuk aku ke tempat kanak2 baru nak masuk pengawal tahan hey umur ko berapa, tu tempat kanak2 orang tua kat atas .. dalam hati pergh garang juga mamat ni hahaha then aku naik la kat atas, masuk jer pintu besar aku terasa bagaikan semua memandang aku so aku pun gelabah aku trus masuk menuju ke public phone untuk telefon kawan tapi abang dia angkat kata diorang jalan aduhai ni la ni masalah besar ni tapi aku tak kisah misi aku kena diteruskan.

keluar dari sana trus aku naik jejantas p jalan trus masuk kampung tak tau la kg apa so aku jalan sampai jumpa kedai runcit beli la air mountain dew .. so truskan perjalanan sampai entah tapi rasanya di chow kit dari situ aku tengok banyak bas so aku amik keputusan amik jalan ke kiri sebab banyak bas masuk situ tuk pengetahuan aku tak berani nak naik teksi atau bas sebab aku dengar banyak cerita2 penipuan standard la budak tingkatan 3 tak berani sangat so aku jalan trus sampai tak ada bangunan ada stesen bas je so aku tanya la sorang akak ni aku malas nak tanya lelaki sebab takut aku kena culik ke apa ke kan so cari akak je la (tips untuk orang sesat hehe) so kakak tu kata ai dik bukan kat sini ni adik naik bas dari sana trus ke stesen bas ... so macam aku kata tadi aku tak berani naik bas atau teksi so aku teruskan la perjalanan dengan direction yang akak tu tunjuk tadi aku jalan lurus je tak belok2 di situ la saya nampak lot 10, hankyu jaya entah apa2 lagi bangunan shoping kompleks tu sampai la aku ke dataran merdeka...

Dari situ aku tak tau la aku nak kemana so aku cari orang nak tanya aku nampak sorang pakcik jer pakai kopiah aku rasa aku tanya dia ni ok kot so aku pun tanya la pakcik tu tau ke mana stesen bas tiba2 dia pegang tangan aku, aku dah takut ni aphal plak pakcik ni pegang tiba2 trus dia tarik bawa jalan sambil dia tengok2 aku ... aku kena lakukan sesuatu ni ..tiba2 pakcik tu berhenti then tengok aku dengan pandangan yang menakutkan dan berkata pakcik pun sesat nak .... la pakcik ni pun sesat juga rupanya hahahah...

so bermulalah perjalanan ku bersama pakcik yang aku tak tau la nama dia kemudian dia tanya seorang india u ikut tu laluan monorel jalan terus u sampai la stesen bas, masa tu tak siap lagi so aku bersama pakcik tu selamat sampai ke stesen bas dan perjalanan ku berakhir di sana dan aku selamat sampai ke rumah pakcik aku dengan selamat hehehe

Moral of the story aku teringat satu pepatah malu bertanya kawan sesat jalan so aku tambah kalau sesat tu buat2 la tak sesat .... sekian .... ops lupa plak cerita pasal kawan aku tu ... rupanya kawan aku tu tidur ... abang dia pun tak tau diorang tidur adeh ....

Saturday, December 19, 2009

Tahniah

Tahniah kepada diriku kerana telah berjaya mencipta blog ini. Terima kasih kepada blogger yang telah memberikan inspirasi dalam dalam diriku sehinggalah terciptanya blog ini. Kepada blogger yang berada di dunia maya ini sekali lagi aku mengucapkan terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...