Apesal.com

Followers

Thursday, December 31, 2009

Hidayah

Baru2 ni aku ada jumpa abang sorang ni ... hehe dia cerita macamana dia masuk islam .... dia ni memang kuat la dalam kristian sampai satu tahap dia meludah kalau ada orang azan, dia menghina orang baca quran ..so semasa dia belajar tentang agama dia,sampai satu tahap dia mempunyai kemuskilan pasal ketuhanan so dia tanya la pakcik dia ni pasal bab ketuhanan ni kebetulan pakcik dia ni seorang paderi tapi pakcik dia jawab jangan la ko tanya pasal bab2 ni ko ikut je.. so jawapan tu membuatkan abang ni tak puas hati

satu hari dia jumpa la seorang ustaz ni dan bertanyakan masalah yang sama .... ustaz tu senyum, ustaz tu bagitau kat abang tu dengan perumpamaan, kalau sebuah kereta dipandu oleh 2 orang pemandu, sorang hendak ke kiri sorang lagi ingin ke kanan apa akan jadi , ko balik rumah fikirkan lah...

abang ni pun berfikir la kan sampai dia termimpi, dalam mimpi dia, ada orang ajak dia masuk islam. terbuka la hati abang ni nak masuk islam. so dia pun menyampaikan la hajatnya nak masuk islam kepada keluarganya ... keluarganya marah sampai ayahnya mengambil senapang sambil mengugut kalau ko nak kena ni masuk la ko islam ... kemudian abang tu jumpa la ngan ustaz tu dan mengadu ustaz tu bagitau abang tu .. tu halangan kecil je tu ... banyak lagi halangan yang lebih teruk dari tu ...

so abang tu memeluk la agama islam tapi dia lari dari rumah. kemudian abang tu cerita lagi takde orang yang nak bimbing dia sehingga abang tu belajar sembahyang mengikut buku panduan solat, sambil sembahyang sambil tengok buku ...kemudian abang tu dengar ada pusat latihan dakwah .. abang tu masuk la sana untuk mempelajari ilmu agama ... dan sekarang abang tu bertugas di Jabatan Hal Ehwal Islam ...

1 comment:

  1. kadang memg sian dgr citer mualaf2 yg xda sape pn amek peduli sal dorg ni....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...