Apesal.com

Followers

Friday, January 1, 2010

2010

Tahun 2009 telah melabuhkan tirainya, kini telah masuk tahun baru 2010, banyak kenangan yang telah berlaku sepanjang tahun 2009 samada gembira, sedih dan sebagainya. jadi bagaimana ingin kita tempuhi tahun 2010 ini. Adakah kita ingin sama seperti tahun 2009 atau hendak lebih baik lagi. Tentunya kita inginkan yang lebih baik lagi daripada tahun 2009 tetapi bagaimana?

tadi sewaktu sembahyang jumaat, aku amat tertarik dengan khutbah yang disampaikan oleh khatib tu. dia kata senang je kalau nak tahun 2010 ni lebih baik dari tahun 2009. ada 2 cara,

1- Perhubungan kita dengan ALLAH - kita muhasabah diri kita bagaimana perhubungan kita dengan ALLAH sepanjang tahun 2009. adakah kita dekat dengan ALLAH atau sebaliknya. sekiranya dulu kita selalu qada sembahyang atau tinggal terus sebab kesibukan dunia jadi tahun baru ni kita cuba untuk berubah. kita seimbangkan keperluan dunia dan juga keperluan akhirat.

2- Perhubungan kita dengan manusia - bagaimana perhubungan kita dengan manusia tidak kira dengan kawan2, teman sepejabat, jiran2 dan orang yang berada di sekeliling kita. Adakah kita dulu disukai atau dibenci. Ada formula bagaimana kita nak menjaga perhubungan kita ngan manusia ni. kalau kita tak suka orang menipu jadi jangan la kita menipu, yang penting kita lihat dulu keadaan kita sebelum kita judge orang.

So pada tahun baru ni sama2 la kita berazam untuk lebih baik daripada tahun lepas. kita rebutlah 5 perkara sebelum tibanya 5 perkara masa muda kita sebelum tiba masa tua kita, masa senang sebelum tiba masa susah, masa sihat sebelum tiba masa sakit, masa lapang sebelum tiba masa sibuk dan masa hidup sebelum tiba masa mati.

HAPPY NEW YEAR 2010

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...