Apesal.com

Followers

Tuesday, November 29, 2011

Life


Ada orang kata kita tak tahu apa yang kita mahu ..... kita tak tahu apa yang kita tak mahu...

actually hidup di dunia penuh dengan tanggungjawab ... pada diri sendiri pada kuarga pada siapa2 saja tapi yang paling penting tanggungjawab kita pada yang maha ESA ....

apa yang kita mau sebenarnya dalam hidup ... banyak jawapan yang kita akan dengar ingin berjaya dalam hidup... mau jadi kaya ... mau dapat kerja bagus ... dan macam-macam lagi jawapan ...

Firman ALLAH : Adz-Dzaariyaat( ayat 56) :

"dan tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali hanya untuk beribadah kepada-Ku"

Beribadah kepada ALLAH luas pengertiannya ...apapun yang penting disini biarla kita hidup di dunia ini semata2 untuk mendapat keredaan daripada-Nya ... kita buat apa yang kita mahu buat tapi biarla apa yang kita lakukan tu tidak menyalahi syariat yang telah ditetapkan

sentiasalah kita berdoa semoga kehidupan kita di dunia ini sentiasa mendapat keredaan daripada-Nya

Friday, November 25, 2011

Maal Hijrah 1433 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah'



Selamat menyambut maal hijrah ....
syukur kita kehadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dan mengecapi nikmat yang telah diberikan sejak kita lahir sehingga saat ini ....

dulu selalu kita dengar lagu maal hijrah yang selalu berkumandang bila tiba saatnya ....

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam

Untuk sepanjang zaman..

jadi mari kita sama2 berusaha untuk memperbaiki diri kita dan bermuhasabah diri serta kita turut berhijrah .... apakah pengorbanan yang telah kita lakukan... apakah perjuangan yang telah kita usahakan ..... apakah hubungan kita sesama manusia terjalin dengan baik ...

dan bersempena maal hijrah ni marila kita sama2 berdoa akhir tahun dan juga awal tahun ....
semoga segala amalan kita diterima dan dosa kita diampunkan oleh-NYA..

Doa akhir tahun

Doa awal tahun




Saturday, November 12, 2011

Cerita Si Penggunting Rambut..


Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...