Apesal.com

Followers

Wednesday, September 1, 2010

Tuesday, March 9, 2010

Jalan pintas

Ditengah malam, ada 2 orang sahabat baik baru balik dari parti, jadi mereka

mengambil jalan pintas melalui kuburan tiba2 kedengaran bunyi tuk tuk tuk … bunyi

tu kedengaran semakin kuat tiba2 mereka tersempak seseorang tengah mengetuk batu

nisan .. “eh pakcik kami sangkakan hantu tadi, kenapa pakcik kerja waktu macam ni ”

pakcik tu menjawab “ ishh ini la ni orang yang buat nama pakcik ni salah so pakcik

nak betulkan la ni ”

Sunday, March 7, 2010

Lupa

ada tiga orang datuk bercerita mengenai siapa yang lebih pelupa

datuk pertama " aku ni pelupa sampai aku tak ingat di mana aku letak gigi palsu aku "

nenek kedua "eh tu belum lagi tu aku lupa nak kunci rumah, dah la rumah tingkat 4 "

nenek ketiga "hahahaha korang ni betul2 dah nyayuk la hahahahah(ketawa terbahak sambil hentak2 meja)eh sepa yang ketuk pintu tadi tu "

Monday, March 1, 2010

Tanggungjawab Lelaki dan Wanita

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau
buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)[

Friday, February 26, 2010

Selamat Hari Lahir




Hari ini umurku telah meningkat lagi hahaha wa best2 .. bukan best apa sebab ALLAH telah memberikan aku nikmat kehidupan selama ini … tapi adakah aku sorang hamba yang bersyukur … adakah aku sorang yang taat kepadaNYA … apa yang telah aku buat selama ni hanya aku dan DIA yang tahu …

Dikesempatan ini aku ingin la berpesan kepada diriku dan juga sesiapa sahaja sentiasa la kita meminta keampunan daripadaNYA ..bersyukur terhadapNYA .. terima la qada dan qadarNYA … sentiasa redha dengan ketentuanNYA … sapa la kita untuk mempertikaikan kekuasaanNYA kerana DIA yang mengetahui segalanya…

Kadang-kadang kita lupa dengan nikmat yang telah diberi … lupa dengan pinjaman yang sementara ini … kita cuma akan ingat bila ada musibah berlaku .. ingat bila kita perlukan sesuatu … marilah kita sentiasa berdoa agar diri kita tergolong dengan orang yang diredai olehNYA ..

Kita hidup di dunia ni cuma 3 hari sahaja .. KELMARIN perkara yang telah berlaku HARI INI apa yang kita lakukan dan ESOK tak tau apa yang berlaku ... sama-sama kita fikirkan ...

Friday, February 19, 2010

Peringatan

1. Kita mengaku mengenali Allah tetapi tidak pernah menunaikan akan hak-hakNya dengan melaksanakan segala surahan-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya.

2. Kita mengakui menyintai Rasulullah tetapi tidak pernah sekali pun mengikuti sunnahnya.

3. Kita mengakui bahawa syaitan itu adalah musuh yang paling ketat tetapi masih patuh dan mengikuti segala hasutannya.

4.. Kita sering membaca kitab suci Al-Quran tetapi tidak pernah mengamalkan segala isi kandungnya.

5. Kita sentiasa berdoa supaya dijauhkan dari seksaan api neraka tetapi dalam masa yang sama kita masih melakukan maksiat dan dosa.

6. Kita sering mengumpat dan mendedahkan keaiban saudara seagama kita tetapi tidak pernah melihat kepada keaiban sendiri.

7. Setiap hari kita mendapat nikmat dan rezeki yang Allah beri tetapi tidak pernah sekalipun mahu bersyukur dan berterima kasih kepada-Nya.

8. Kita mengiringi dan mengebumikan jeazah di perkuburan tetapi tidak pernah mahu mengambil iktibar dari kematian itu.

9. Kita tahu dan yakin bahawa kematian itu pasti berlaku tetapi tidak membuat persiapan untuk menuju ke sana.

10. Kita sentiasa berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga dan ditempatkan bersama orang-rorang soleh tetapi tidak pernah berusaha mendapatkannya.

Thursday, January 28, 2010

Rogol

wah wah lain tajuk entry kali ni .... hahahah .. sebenarnya aku bukan apa ... asal aku baca berita ke apa ke mesti ada cerita rogol, perkosa, raba dan yang sewaktu dengannya ... so sini aku nak mencadangkan la kepada wanita2 di malaysia ni agar mempersiapkan diri dengan ilmu mempertahankan diri tak kisah la kan silat ke taekwando ke kungfu ke atau apa2 la sekurang2nya dapat mengelakkan diri kan daripada menjadi mangsa kepada orang2 yang tidak menggunakan akal dalam membuat keputusan

baru2 ni aku ada dengar satu mutiara kata " hidup penuh dengan kegembiraan sekiranya kita menggunakan akal tetapi hidup penuh dengan tragedi sekiranya kita menggunakan emosi " apa-apa pun berhati2 la kita di jalan raya ... ingatlah orang yang tersayang ...

adios :)

Saturday, January 16, 2010

Jokes

Teacher: Ah Kau, if your father has $10 and you ask him for $6, how much would your father still have?
Ah Kau: $10.
Teacher: You don't know Maths.
Ah Kau: You don't know my father la!

Mother: David, come here.
David: Yes, mum.
Mother: You really disappoint me. Your results are getting worse.
David: But but but....I will only get my report card tomorrow ???
Mother: I know that, but I'm going Hong Kong tomorrow so I'm scolding you now.

Father: Why did you fail your Mathematics Test?
Son: On Monday, teacher said 3 + 5 = 8
Father: So?
Son: On Tuesday, she said 4 + 4 = 8.
On Wednesday, she said 6 + 2 = 8.
If she can't make up her mind, how I know the right answer one ???

Girl: Do you love me?
Boy: Yes Dear.
Girl: Would you die for me?
Boy: No la, mine is undying love only! !!!

Man: How old is your father?
Boy: Same as me la.
Man: How can that be?
Boy: He only became a father when I born lo !!!

Teacher: Simon, your composition on "My Dog" is exactly the same as your brother's. Did you copy his?
Simon: No la, teacher. It's the same dog!

Father: Your teacher says she finds it impossible to teach you anything!
Son: That's why I tell you she's no good!

Teacher: Where were you born?
Student: Singapore , Sir
.Teacher: Which part?
Student: All of me ma....

Sunday, January 10, 2010

Jejak Syurga atau Jejak Neraka ?

Kita sekarang dihidupkan oleh Allah, di bumi Allah dan di dalam zaman yang Allah tentukan. Selepas itu kita akan dikembalikan, sama ada disedari atau tidak ke salah satu daripada dua negeri yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka.

Sekarang kita sedang berjalan ke destinasi yang kita sendiri pilih - syurga atau neraka. Allah menyediakan dua jalan untuk kita pilih. Terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada jejak ke syurga atau jejak ke neraka.

Namun begitu, Allah sudah memberitahu kita di dalam Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman manis di syurga. Begitu juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Nabi Muhammad saw. juga menguatkan lagi melalui hadith-hadithnya yang masih segar dibaca dan didengar hingga ke hari ini.

Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya. Setiap sesuatu itu ada sebab-musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak syurga atau jejak neraka...

Pilih dan ikutlah jalan ke syurga sebagaimana yang disenaraikan di bawah:

beramal semasa muda lagi
bertolong-tolongan kerana Allah
jauhi diri dan keluarga dari zina
mendidik anak kewajipan beragama
mendirikan solat wajib dan sunat
bertahajjud di tengah malam
menangis dan menginsafi diri kerana takut akan ALlah
bersedekah, menderma dan berwakaf secara senyap
berpaut hati pada masjid
sentiasa belajar hal-ehwal agama
sembahyang berjemaah
selalu berada di tempat pengajian agama
menziarahi orang sakit
mengiringi mayat hingga ke kubur
mengadakan khenduri cara Islam
mendamaikan pergaduhan
menolong anak yatim dan miskin
dan lain-lain perkara kebajikan

Pada masa yang sama hindarilah jejak neraka yang disenaraikan di bawah:

tidak mengajar anak hal-hal keagamaan
kaya tapi bakhil
Menipu
mengambil arak, dadah dan yang memabukkan
mengadakan majlis maksiat
Berzina
memakan harta anak yatim
meringankan sembahyang
tidak mengeluarkan zakat
panjang angan-angan dan tak mahu bertaubat
meninggalkan sembahyang
durhaka kepada ibu bapa
berbuat fitnah
suami dayus (membebaskan isteri)
ibu bapa dayus (membebaskan anak)
makan harta haram
berbohong dan berdusta
menggunakan sihir
dengki dan khianat

Sementara kita diberi peluang oleh Allah untuk memilih jalan yang menentukan nasib kita pada masa hadapan, marilah sama-sama kita saling bantu-membantu menegakkan amar makruf dan nahi mungkar yang dewasa ini sudah kurang berfungsi dan tidak diberi keutamaan lagi.

Tuesday, January 5, 2010

Akhirnya



Penantian aku selama ni telah berakhir juga ... sejak aku mula balik dari luar negara dari tahun lepas sehingga tiba tahun baru, baru kini aku dapat mencapai hasratku untuk makan buah tarap hahahaha syukur alhamdulilah hehe ... kalau ikutkan skang ni memang bukan musim dia tapi tiba2 aku p kedai runcit kan ada plak jual hehe so aku pun apa lagi bedal la hehe mungkin rezeki aku la tu


Untuk pengetahuan korang, buah ni tak ada di semenanjung. So korang tak tau la pasal buah ni kecuali orang yang pernah datang sini so kalau korang nak rasa korang datang la East malaysia. Masa aku duk kelantan ada juga aku tanya2 orang sana pasal buah ni semua orang tak tau. ada yang kata, buah tu beracun.


Buah tarap ni sedap dimakan begitu saja atau dibuat cucur. Rasanya, ermm susah la nak describe yang penting manis la.. sekiranya korang berpeluang datang ke East malaysia ni jangan lupa untuk merasa buah ini.


tula keindahan ciptaan ALLAH bukan setakat manusia atau binatang ALLAH ciptakan berbeza2 bahkan buah-buahan pun diciptakan dengan berbeza2 tu baru perbezaan antara Borneo dengan semenanjung Malaysia, belum lagi di luar negara yang lain .. jadi marila kita bersama2 berfikir betapa hebatnya kuasa ALLAH SWT dan marilah kita bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan olehNYA.


Saturday, January 2, 2010

Pepatah

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu

.15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.

22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....

25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.

26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

27. Patah tumbuh, hilang report polis.

28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.

30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.

31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)

32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......

33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la ..

35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...

Malam Pertama

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...Tuk merenungkan indahnya malam pertama Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mempelai sangat dimanjakan Mandipun...harus dimandikan Seluruh badan Kita terbuka....Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .Tak ada sedikitpun rasa malu...Seluruh badan digosok dan dibersihkan Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...Itulah sosok Kita....Itulah jasad Kita waktu itu Setelah dimandikan.. ,Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih Kain itu ...jarang orang memakainya..Karena sangat terkenal bernama Kafan Wangian ditaburkan kebaju Kita...Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita Keranda pelaminan... langsung disiapkanPengantin bersanding sendirian...Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga Serta rasa haru para handai taulan Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir Akad nikahnya bacaan talkin....Berwalikan liang lahat..Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduanDan akhirnya.... tiba masa pengantin..Menunggu dan ditinggal sendirian,Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan Malam pertama yang indah atau meresahkan..Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....Sang Malaikat lalu bertanya. Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Friday, January 1, 2010

2010

Tahun 2009 telah melabuhkan tirainya, kini telah masuk tahun baru 2010, banyak kenangan yang telah berlaku sepanjang tahun 2009 samada gembira, sedih dan sebagainya. jadi bagaimana ingin kita tempuhi tahun 2010 ini. Adakah kita ingin sama seperti tahun 2009 atau hendak lebih baik lagi. Tentunya kita inginkan yang lebih baik lagi daripada tahun 2009 tetapi bagaimana?

tadi sewaktu sembahyang jumaat, aku amat tertarik dengan khutbah yang disampaikan oleh khatib tu. dia kata senang je kalau nak tahun 2010 ni lebih baik dari tahun 2009. ada 2 cara,

1- Perhubungan kita dengan ALLAH - kita muhasabah diri kita bagaimana perhubungan kita dengan ALLAH sepanjang tahun 2009. adakah kita dekat dengan ALLAH atau sebaliknya. sekiranya dulu kita selalu qada sembahyang atau tinggal terus sebab kesibukan dunia jadi tahun baru ni kita cuba untuk berubah. kita seimbangkan keperluan dunia dan juga keperluan akhirat.

2- Perhubungan kita dengan manusia - bagaimana perhubungan kita dengan manusia tidak kira dengan kawan2, teman sepejabat, jiran2 dan orang yang berada di sekeliling kita. Adakah kita dulu disukai atau dibenci. Ada formula bagaimana kita nak menjaga perhubungan kita ngan manusia ni. kalau kita tak suka orang menipu jadi jangan la kita menipu, yang penting kita lihat dulu keadaan kita sebelum kita judge orang.

So pada tahun baru ni sama2 la kita berazam untuk lebih baik daripada tahun lepas. kita rebutlah 5 perkara sebelum tibanya 5 perkara masa muda kita sebelum tiba masa tua kita, masa senang sebelum tiba masa susah, masa sihat sebelum tiba masa sakit, masa lapang sebelum tiba masa sibuk dan masa hidup sebelum tiba masa mati.

HAPPY NEW YEAR 2010

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...