Hari ini umurku telah meningkat lagi hahaha wa best2 .. bukan best apa sebab ALLAH telah memberikan aku nikmat kehidupan selama ini … tapi adakah aku sorang hamba yang bersyukur … adakah aku sorang yang taat kepadaNYA … apa yang telah aku buat selama ni hanya aku dan DIA yang tahu …
Dikesempatan ini aku ingin la berpesan kepada diriku dan juga sesiapa sahaja sentiasa la kita meminta keampunan daripadaNYA ..bersyukur terhadapNYA .. terima la qada dan qadarNYA … sentiasa redha dengan ketentuanNYA … sapa la kita untuk mempertikaikan kekuasaanNYA kerana DIA yang mengetahui segalanya…
Kadang-kadang kita lupa dengan nikmat yang telah diberi … lupa dengan pinjaman yang sementara ini … kita cuma akan ingat bila ada musibah berlaku .. ingat bila kita perlukan sesuatu … marilah kita sentiasa berdoa agar diri kita tergolong dengan orang yang diredai olehNYA ..
Kita hidup di dunia ni cuma 3 hari sahaja .. KELMARIN perkara yang telah berlaku HARI INI apa yang kita lakukan dan ESOK tak tau apa yang berlaku ... sama-sama kita fikirkan ...
aku paling suka klausa di atas...
ReplyDeletekita hidup 3 hari sahaja....Kelmarin...Hari Ini dan Esok....