Apesal.com

Followers

Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Monday, July 16, 2012

kata-kata hikmah


kata2 hikmah untuk hari ni ... 
la tahzan = jangan bersedih...
jangan kita bersedih jika kita sakit 
kerana ianya mempunyai hikmah yang tersembunyi
jangan kita bersedih jika kita miskin 
kerana ianya mempunyai hikmah yang tersembunyi
jangan kita bersedih bila kita putus cinta 
kerana ianya mempunyai hikmah yang tersembunyi
apa yang penting
JANGAN KITA BERSEDIH 
serahkanlah segalanya kepada ALLAH 
kerana DIA maha mengetahui

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tinggal

 
2011 banyak meninggalkan kenangan 
indah, ngeri, sedih, gembira dan macam2 lagi perasan yang ada ....
jadi mari la kita bersama2 muhasabah diri
adakah tahun 2011 ni telah menjadikan diri kita 
seseorang yang berguna kepada ibubapa kita, keluarga kita, rakan2 kita, orang sekeliling kita 
dan diri kita sendiri .....
apapun yang telah kita lakukan 
marilah kita berazam untuk tahun 2012 ni 
akan lebih baik dari tahun 2011 ....
selamat tahun baru 
 

Happy New Year


Friday, December 30, 2011

Kini Kembali ...

Musim buah-buahan kembali .. pernah dengar BUAH TARAP ...
kalau nak tau buah apa baca sini


Sebelum


Selepas dibuka

Sesudah dicucur nyam-nyam

Ada lagi satu buah musim ni tapi aku kurang sket makan buah ni
BUAH KEMBAYAU



rasa dia ni tawar lunak lembut.
kembayau ni direbus pastu dicampur ngan gula atau dimakan begitu saja .

so sesiapa nak rasa BUAH TARAP dan KEMBAYAU ni datang la ke borneo
Sabah Sarawak Labuan dan Brunei

Proposal | Tim * Audrey (From Vimeo)

Pagi-pagi buka kosmo online terus terbaca berita pasal proposal Tim dan Audrey ni ...
jadi layan
Semoga berbahagia ...



Tuesday, November 29, 2011

Life


Ada orang kata kita tak tahu apa yang kita mahu ..... kita tak tahu apa yang kita tak mahu...

actually hidup di dunia penuh dengan tanggungjawab ... pada diri sendiri pada kuarga pada siapa2 saja tapi yang paling penting tanggungjawab kita pada yang maha ESA ....

apa yang kita mau sebenarnya dalam hidup ... banyak jawapan yang kita akan dengar ingin berjaya dalam hidup... mau jadi kaya ... mau dapat kerja bagus ... dan macam-macam lagi jawapan ...

Firman ALLAH : Adz-Dzaariyaat( ayat 56) :

"dan tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali hanya untuk beribadah kepada-Ku"

Beribadah kepada ALLAH luas pengertiannya ...apapun yang penting disini biarla kita hidup di dunia ini semata2 untuk mendapat keredaan daripada-Nya ... kita buat apa yang kita mahu buat tapi biarla apa yang kita lakukan tu tidak menyalahi syariat yang telah ditetapkan

sentiasalah kita berdoa semoga kehidupan kita di dunia ini sentiasa mendapat keredaan daripada-Nya

Thursday, March 10, 2011

Waktu senja


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...