Apesal.com

Followers

Showing posts with label Lucu. Show all posts
Showing posts with label Lucu. Show all posts

Friday, December 30, 2011

Iklan Thailand ~ Lawak

~wahahahahahhaa~

Friday, December 2, 2011

Lawak

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A kata
"Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry"

Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki"

Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm... bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: ...pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm, sebenarnya pakcik nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la pakcik jalan terkangkang...Lecak la nak...

Tuesday, October 11, 2011

Kejadian seram Di Bilik ICU


Kejadian seram Di Bilik ICU

Salah sebuah katil di wad ICU sebuah hospital swasta kerap kali mengalami kejadian yang amat pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di katil tersebut pasti akan meninggal pada waktu pagi setiap hari jumaat tidak kira umur, jantina mahu pun tahap kesihatan mereka.

Perkara ini membuatkan doktor di hospital tersebut menjadi binggung dan sungguh pelik. Lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut dengan meletakkan sebuah CCTV di dinding yang berhampiran dengan katil tersebut.
Hari yang di tunggu-tunggu pun tiba. Pada hari jumaat yang berikutnya, semua doktor yang terlibat sudah bersiap sedia untuk melihat dan mencari punca sebenar kejadian pelik yang berlaku di wad ICU hospital tersebut.

Tepat jam sembilan pagi, pintu bilik wad ICU tersebut di buka dan kelihatan makcik Halimah , seorang cleaner sambilan memasuki wad ICU tersebut untuk membersihkan wad seperti biasa.

Makcik Halimah adalah seorang cleaner sambilan yang bekerja di hospital tersebut pada setiap hari jumaat, sabtu dan juga ahad. Mengikut jadual yang telah di tetapkan, makcik Halimah akan membersihkan wad ICU tersebut pada setiap hari jumaat.

Seperti biasa, beliau memasuki wad tersebut dan menghampiri katil keramat yang sering kali meragut nyawa setiap kali hari jumaat menjelma. Lalu dia mencabut plug alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan plug vakum cleanernya….


Wednesday, April 27, 2011

Pemandu Teksi dan Nurse

SEORANG Nurse, Ratna menahan teksi. Semasa dalam perjalanan, Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya.

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu?"

Feddy tersenyum malu dan berkata...

"Sebenarnya, saya selalu berfantasi. Maaf ya. Saya sangat ingin mencium seorang Nurse."

"Oh begitu! tak der masalah. Encik boleh mencium saya. Kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik. Tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single," kata Nurse.

Feddy gembira dan berkata; "iya...iya, saya masih single".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi. Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit. kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi Feddy menangis teresak-esak sambil berkata; "Maafkan saya cik, saya merasa bersalah. Sebenarnya saya sudah berkahwin."

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata;

"Sudahlah encik. Tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan. Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse tetapi saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam."



Thursday, March 10, 2011

Buaya

Cikgu : Baik anak-anak murid…. pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan.

Fairuz, macam mana bunyi ayam berkokok?

Fairuz : Kok kokk kokkkkk!!!!!

Cikgu : Bagus Fairuz… Amy, buat bunyi kucing pula..

Amy : Meowwww

Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya…. Udin, buaya bagaimana pula bunyinya?

Udin : Fewittt! Hai, Cik Adik! seorang saja…? Abang temankan ya…

Cikgu : Bunyi buaya apa tu???

Udin : Buaya darat cikgu!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...