Seorang wanita dermawan yang sudah berumur telah memberi seekor kambing kepada Luqman Hakim. Dia meminta Luqman menyembelih kambing itu dan berpesan,"berilah bahagian yang terburuk darinya untukku makan."
Setelah Luqman menyembelih kambing itu,dia pun menghantar hati dan lidah kambing kepada wanita tersebut. Beberapa hari kemudian, wanita itu memberikan lagi seekor kambing untuk disembelih. Kali ini wanita itu meminta Luqman bahagian yang terbaik dari kambing itu. Tetapi hati dan lidah juga diberikan.
Wanita itu kehairanan lantas bertanya kepada Luqman "kenapakah tuan memberikan hamba hati dan lidah kepada kedua-dua perkara terburuk dan terbaik? Lalu Luqman menjawab.
"Hati dan lidah sangat baik ketika baiknya kedua-duanya manakala sangat buruk ketika buruknya kedua-duanya."
Mendengarkan jawapan yang bijaksana itu,wanita itu lantas memahami maksud Luqman. Bahawa hati dan lidah merupakan pokok kebaikan dan juga kejahatan.
("ketahuilah bahawa didalam jasad manusia ada seketul daging , apabila ia baik maka baiklah seluruhnya dan apabila ia rosak ,maka rosaklah seluruhnya ketahuilah seketul daging itu ada hati.")-diriwayatkan Bukhari dan Muslim.
Semoga kita mengambil iktibar dari peristiwa ini dan bersama-sama menjaga hati dan lidah daripada kejahatan dan kemungkaran. Sesungguhnya azab Allah SWT itu sangat pedih.
No comments:
Post a Comment