Apesal.com

Followers

Saturday, January 14, 2012

Manusia semakin KEJAM



Tadi masa menjelajah para blogger tiba-tiba terlihat satu entry yang memanggil-manggil untuk dibaca ... tajuk dia "lagi keganasan dan pembunuhan kejam di China" ... actually memang tahu pasal cerita tu .. lelaki tikam perempuan tapi baru tengok di blog bicara mak dara SINI

pergh naik bulu roma juga tengok .. bukan bulu roma takut tapi bulu roma panas ... 

bila manusia hilang pertimbangan dan mengikut emosi nafsu dalam mengambil tindakan daripada mengunakan akal macam-macam benda boleh berlaku pembunuhan, rogol, ragut, rompak dan macam-macam lagi ... selalunya kaum wanita yang menjadi mangsa keganasan 

 Dulu aku pernah mencadangkan untuk wanita di SINI ...
marila kita sama-sama berdoa agar kita sentiasa dilindungi daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku ke atas diri, keluarga, ibubapa kita, guru-guru dan rakan-rakan kita...

Apa-apa pun
apabila kita ingin melakukan satu perkara 
atau membuat satu keputusan 
biarlah kita memikirkan sedalam-dalamnya 
sebelum kita mengambil tindakan ...

Friday, January 13, 2012

Mega Giveaway to U by |Cik AZ & Fahmi Mahat|


Nak Join Klik Banner
Para sponser

Thursday, January 12, 2012

Benda yang tak berguna tapi orang beli

Kadang-kadang benda yang mudah kita sulitkan  
agak-agak la ada ke benda ni dijual di Malaysia 
apapun layan ...








Tuesday, January 10, 2012

Peta yang kita tak belajar di sekolah

Perbezaan yang wujud di seluruh dunia 


World Map of Happiness


World Map of The Penis Size Worldwide 
Data : everyoneweb.com


The Breast Cup Size Worldwide 



Nuclear Power Plants Worldwide 



World Map of National IQ Scores 


World Map of Social Networks 


Aduh! Galaxy lesung batu



JOHOR BAHRU: Seorang kakitangan swasta yang membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, sehari selepas melunaskan pembayaran.
Lebih menyakitkan hati, tulisan RM14.50 berkenaan masih ada pada lesung batu berkenaan dan mangsa, Mohd Hazirul Hisham, 30, tergamam ketika menerimanya.

“Saya membuat pembelian itu selepas melayari satu laman web dan tertarik dengan tawaran telefon bimbit Samsung Galaxy S bernilai RM1,100 seunit berbanding harga pasaran semasa iaitu RM1,900.
“Saya membeli tiga telefon bimbit berkenaan secara talian pada 6 Disember lalu dan membuat bayaran ke akaun seorang lelaki bernama Lim Tham Kim,” katanya, semalam.

Menurut Hazirul, dia kemudian menerima SMS daripada kakitangan sebuah syarikat menjual peralatan komunikasi yang menawarkan barangan percuma atau diskaun RM50.

Hazirul memilih tawaran diskaun berkenaan dan sehari kemudian, dia menerima bungkusan barangan dibeli.Saya gembira kerana telefon bimbit berkenaan tiba tepat pada masanya, tetapi terkejut apabila mendapati kotak bungkusan berkenaan cuma mengandungi lesung batu.

“Saya menghubungi nombor telefon tertera seperti dalam SMS diterima sehari sebelum itu, tetapi individu terbabit enggan menjawab panggilan saya,” katanya.
Hazirul kemudian melakukan pemeriksaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapati syarikat terbabit tidak wujud.

“Saya yakin dengan pembelian menerusi dalam talian kerana pernah membeli beg tangan dan tidak timbul masalah seperti ini,” katanya yang membawa perkara terbabit ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TT PM).

Sementara itu, Presiden TTPM, Quaik Chong Yu menegaskan penuntut perlu memfailkan kes hanya terhadap satu pihak saja kerana pasti timbul masalah pada peringkat penguatkuasaan jika perintah dikeluarkan.

“Pihak penuntut perlu pilih satu pihak untuk failkan tuntutan kerana invois dikeluarkan syarikat manakala wang bayaran dimasukkan ke akaun peribadi Lim, mereka akan saling menolak,” katanya.

Hazirul bersetuju menggugurkan tuntutan ke atas syarikat berkenaan dan meneruskan tuntutan terhadap Lim atas alasan lelaki itu menerima wang terbabit.

Quaik mengarahkan Lim mengembalikan RM3,250 kepada Hazirul dalam tempoh 14 hari selepas perintah dikeluarkan manakala tuntutan terhadap syarikat digugurkan.

“Lesung tu pula boleh disimpan di rumah,” katanya.

Wakil pihak penentang iaitu Lim dan syarikat terbabit tidak hadir pada perbicaraan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...