Apesal.com

Followers

Saturday, August 20, 2011

Bertudung Konfirm Masuk Syurga Ke ??


- Bertudung confirm masuk syurga ke ?
- yang pasti tak tutup aurat confirm masuk neraka


- pakai tudung labuh pun bukan baik sangat. buat dosa juga mengumpat orang sana sini
- Bila iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu"Apahal pula aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia" samalah la dengan tudung. tudung pula disalahkan


- Macamlah kau bagus sangat nak tegur2 aku ntah2 kau ni lagi jahat
- tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya . Maksudnya dakwah itu tuntutan selagi ko isalm dakwah itu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. sekurang2nya dia insaf dan bertaubat sekarang


- walau kami pakai seksi tapi hati kami baik
- adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruahdiri kau tanpa perlu menutup aurat


- pakai jarang ke ketat ke itu hak kami kalau tak suka jangann tengok
- kau berani jamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nagsu yang membuak-buak


- kami rasa apa yang kami pakai tak seksi terpulang kepada individu yang memandang kami so what
- seksi atau tidak kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau


- walau kami tak bertudung kami tetap sembahyang dan puasa
- apakah ibadat kau diterima... kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga


- sukahati kamilah nak pakaimacam ni kami tak susahkan hidup orang lain
- kau sebenarnya dah susahjan bapa abang adik suami serta orang ain yang menarik mereka keneraka bersama kau disebabkan mereka tidak medegur dan gagal memdidik kau


- apa yang kami pakai ini antara kami dengan tuhan
- berani cakap di dunia berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti lawan perintah Allah neraka tempatnya


- bukan kami tak mau tutup aurat cuma masih belum sampai seru
- mati tidak mengenal usia tak takut ke mati dalam usia muda tak sempat nak bertaubat nanti


- takkan nak buat perubahan secara drastik slow2 la
- boleh ke cakap kat malaikat izrail nanti tunggu kejab lepak2 la dulu jangan ambil lagi nyawa aku boleh


- tutup aurat tu bagus tapi kami tak mau hipokrit kerana tak ikhlas melakukannya
- kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama islam


sekadar renungan bersama :)

Monday, August 1, 2011

Ramadan AL-Mubarak

بسم الله الرحمن الرحيم

Ahlan wasahlan ya Ramadhan al-mubarak

Alhamdulilah aku bersyukur kepada MU yang ALLAH kerana telah memberikan kepada diriku kesempatan dalam menikmati bulan rahmat ini ya ALLAH

Mari la kita bersama- sama mengucapkan syukur yang tak terhingga kepada ALLAH kerana memberi kita peluang lagi untuk bertemu di bulan ramadhan yang penuh barakah ini

Bulan ramadhan bulan yang mulia bulan yang dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Bulan dimana turunnya Al-quran bulan yang terdapat malam lailatulqadar malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Semoga dengan kedatangan ramadhan almubarak ni dapat la kita bersama-sama memperbaiki diri kita serta memperbanyakan mengingati kebesaran ALLAH.

Tuesday, May 24, 2011

Mata Lelaki VS Anggota Perempuan

Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu berertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

wasalam………………….

Thursday, May 5, 2011

Ilmu Mantiq

Apa Bangunan Hitam Itu..??"

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"PELIKnya.."

"Sebab apa pulak PELIK?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi itu TAK PELIK..?"Link

"Ya.. TAK PELIK.."

"Jadi TAK PELIK jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

-Link

Wednesday, April 27, 2011

Pemandu Teksi dan Nurse

SEORANG Nurse, Ratna menahan teksi. Semasa dalam perjalanan, Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya.

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu?"

Feddy tersenyum malu dan berkata...

"Sebenarnya, saya selalu berfantasi. Maaf ya. Saya sangat ingin mencium seorang Nurse."

"Oh begitu! tak der masalah. Encik boleh mencium saya. Kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik. Tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single," kata Nurse.

Feddy gembira dan berkata; "iya...iya, saya masih single".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi. Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit. kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi Feddy menangis teresak-esak sambil berkata; "Maafkan saya cik, saya merasa bersalah. Sebenarnya saya sudah berkahwin."

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata;

"Sudahlah encik. Tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan. Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse tetapi saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam."



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...